Tiga hari melayan karenah si pemalu tak kena tempat tapi pembising bila ada yang tak kena.
Memang perangai tipikal sebilangan wanita agaknya, bila ada yang tak kena semua benda mustahil seperti berjalan kaki dari times square ke klcc kemudian sambung ke pavilion dan berakhir di bukit bintang akan jadi tidak mustahil pada mereka.
Sebagai penambah perisa, mereka akan masuk ke semua kedai. SEMUA KEDAI.
Cukup tiga hari. Kalau masuk hari ke empat, kerat jari gerenti patah kaki aku kalau ikutkan sangat kepala budak ni. Layankan aje lah. Dah nak plkn, tak layan karang kempunan pulak..
Sudahnya, aku terperuk sendiri dekat rumah sebab budak-budak lain masing-masing balik kampung. Aku? malas la. Dah tak ada apa-apa untuk aku kalau aku balik pun.
memang kerja gila pegi kl 4 hari je kemudian balik sdk.
Hahahahaha!
Sunday, May 31, 2009
Monday, May 25, 2009
Akhirnya.
Betul kata awak, kita tak boleh melawan takdir Dia.
Saya lepaskan apa yang terikat dengan harapan awak lebih tenang dan gembira dengan nafsu awak yang pastinya bukan pada saya.
Maaf telah menghukum awak dengan ikatan yang menyakitkan selama enam bulan.
Maaf telah ingkar janji untuk siap sedia jadi suami.
Pergilah dan jangan pernah toleh belakang lagi.
Bukan rezeki kita untuk hidup bersama kan..
Pergilah awak, saya redha.

Sunday, May 17, 2009
Hujung Minggu
Menyelesaikan bayaran servis kereta, bil handphone, bil letrik, sewa rumah, tiket balik cuti, servis laptop dan juga belanja dapur.. Dengan kata lain, aktiviti menipiskan dompet!
Sudah Ahad. Esok kena masuk hutan balik. Takpe.. ada jugak hikmahnya terperuk kat sana tu.
Kalau ulang alik, mana lagi aku nak cekau duit buat isi minyak ye tak..

Wednesday, May 13, 2009
Cinta perlukan kesabaran
Susah rupanya nak handle dua kelas dalam satu masa. Bayangkan lah, aku kena mengajar coordinate dan geometry secara tidak seimbang.
Kelas satu sudah lepas persamaan serentak dan sedang memantapkan statistik, bilamana kelas dua baru nak masuk indices. Terpaksa gabung kelas since kelas dua punya cikgu bercuti dua bulan setengah.
Aku mula mukadimah kordinat, budak kelas dua mula pasang muka teruja. Budak kelas satu aku minta untuk bimbing kawan-kawan kelas dua. Ah, macam la aku tak tau dua kelas ni tengah perang dingin. Pedulikan..
Masuk bab luas poligon, diorang dah mula cemik. Semua mengeluh, tak faham. Paling sedih, ada yg terus tutup buku.. Aku pujuk mereka bangkit dan buka lagi minda, tapi mereka tetap tak mahu. Sudahnya, aku tinggalkan budak kelas satu dgn rangkaian soalan dan berpindah ke kelas dua untuk teruskan misi aku.
"kami ni ayam2 jak sir, ndak mcm budak kelas satu. dorang semua harapan, sedangkan kami ni mcm bahan kajian. dipaksa ambil ni subjek padahal bodoh ba kami ni sir.."
Betul. Hari ini aku rasa betul-betul gagal. Gagal dalam mencapai target yg aku tulis kemas dalam naskah rancangan mengajar.
Aku rasa macam kena belasah dengan abang-abang polis keparat badan besar tapi bodoh nak mampus.
Sara syg, tak tahu bila lagi kita boleh main tennis lagi kan..

Monday, May 4, 2009
Padah memandu semasa maghrib
Tidak.
Sepatutnya padah memandu semasa mengantuk + memotong dikawasan bukit curam + silau matahari senja.
Hampir bertembung dengan lori sawit. terlebih muatan pulak tu!
Nasib baik kena hon. Lantak la hon panjang pun. At least aku sedar.
Kalau tidaaak................

Subscribe to:
Posts (Atom)