Susah rupanya nak handle dua kelas dalam satu masa. Bayangkan lah, aku kena mengajar coordinate dan geometry secara tidak seimbang.
Kelas satu sudah lepas persamaan serentak dan sedang memantapkan statistik, bilamana kelas dua baru nak masuk indices. Terpaksa gabung kelas since kelas dua punya cikgu bercuti dua bulan setengah.
Aku mula mukadimah kordinat, budak kelas dua mula pasang muka teruja. Budak kelas satu aku minta untuk bimbing kawan-kawan kelas dua. Ah, macam la aku tak tau dua kelas ni tengah perang dingin. Pedulikan..
Masuk bab luas poligon, diorang dah mula cemik. Semua mengeluh, tak faham. Paling sedih, ada yg terus tutup buku.. Aku pujuk mereka bangkit dan buka lagi minda, tapi mereka tetap tak mahu. Sudahnya, aku tinggalkan budak kelas satu dgn rangkaian soalan dan berpindah ke kelas dua untuk teruskan misi aku.
"kami ni ayam2 jak sir, ndak mcm budak kelas satu. dorang semua harapan, sedangkan kami ni mcm bahan kajian. dipaksa ambil ni subjek padahal bodoh ba kami ni sir.."
Betul. Hari ini aku rasa betul-betul gagal. Gagal dalam mencapai target yg aku tulis kemas dalam naskah rancangan mengajar.
Aku rasa macam kena belasah dengan abang-abang polis keparat badan besar tapi bodoh nak mampus.
Sara syg, tak tahu bila lagi kita boleh main tennis lagi kan..
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
oii..
nak kena terajang?
rilek la..mana ada kerja yg xde tekanan..
apa kaitan dgn tajuk?
ayat last xblh blah.
jgn jatuhkan saham i oke!
betul la cinta, cinta dgn kerja mendidik. budak kecik apa tau..
terajang pasal apa pulak? dah dia yg kalah twin match nk trajang org lak..
nak bagitau abah? go on.. he knows more than what u expect :D
bro cikgu jugak ea?
boleh la beri tunjuk ajar nanti ea..
kpli ke? maktab mana dulu?
Post a Comment